{"content":"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penyumbang budiman.\n\nSepanjang tempoh kutipan bermula dari Jumaat 28 November 2025 sehingga 6 Februari 2026, jumlah pertama RM9077 telah berjaya dikutip.\n\nInsya Allah, usaha mengenalpasti vendor/pembekal sedang dilakukan bagi membolehkan usaha pembelian smartboard pertama ini dapat dilakukan untuk kegunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pendidikan Al-Itqan.\n\nUsaha mengutip sumbangan bagi smartboard kedua (jumlah sasaran RM9000) pula sedang berjalan. Insya Allah, sebanyak 28 unit smartboard diperlukan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Rendah Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan di bawah program Transformasi Pembelajaran Berpaksikan Digital AL-ITQAN.\n\nSemoga usaha kecil Sedekah Jumaat ini dapat membantu merealisasikan program transformasi ini.","original_url":"https://www.alitqan.edu.my/sedekah-jumaat-al-itqan-smartboard-1-jumlah-kutipan-sasaran-berjaya-dicapai/","path":"/sedekah-jumaat-al-itqan-smartboard-1-jumlah-kutipan-sasaran-berjaya-dicapai","title":"Sedekah Jumaat AL-ITQAN (Smartboard 1): Jumlah kutipan sasaran berjaya dicapai. - Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang","page_type":"page","word_count":104,"key_claims":[],"content_summary":null,"topics":[],"author":"AL-ITQAN Web Admin","published_date":"2026-02-24T19:08:44+00:00","price":null,"currency":"MYR","parent_profile":{"id":"5ce9b633-8ea6-4e1c-84b3-e8c814505eaf","slug":"alitqan-edu-my","name":"Utama AL-ITQAN - Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang","url":"https://alitqan.edu.my/"}}