{"content":"Susulan kejayaan mengumpulkan dana yang mencukupi bagi pembelian **smartboard yang pertama**, maka usaha mengutip sumbangan bagi **smartboard kedua** (jumlah sasaran RM9000) pula sedang berjalan bermula dari 13 Februari 2026 yang lalu.\n\nJumlah kutipan setakat Jumaat, 6 Mac 2026 ialah sebanyak RM3254, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang budiman.\n\nInsya Allah, sebanyak 28 unit smartboard diperlukan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Rendah Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan di bawah program Transformasi Pembelajaran Berpaksikan Digital AL-ITQAN.\n\nSemoga usaha kecil Sedekah Jumaat ini dapat membantu merealisasikan program transformasi ini.\n\n![](https://www.alitqan.edu.my/wp-content/uploads/2026/02/SJ-1.jpeg \"SJ\")\n\n*   SEDEKAH JUMAAT: Smartboard Kedua (RM9000) – Bermula 13 Februari 2026. Jumlah terkini RM3254 (6 Mac 2026) 36% 36%\n\n![](https://www.alitqan.edu.my/wp-content/uploads/2026/03/Pola-sumbangan-Sedekah-Jumaat-SB-2.jpg \"Pola sumbangan Sedekah Jumaat SB 2\")","original_url":"https://www.alitqan.edu.my/sumbangan-sedekah-jumaat-smartboard-kedua-berjalan-dengan-baik/","path":"/sumbangan-sedekah-jumaat-smartboard-kedua-berjalan-dengan-baik","title":"Sumbangan Sedekah Jumaat (Smartboard kedua) berjalan dengan baik. - Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang","page_type":"page","word_count":116,"key_claims":[],"content_summary":null,"topics":[],"author":"AL-ITQAN Web Admin","published_date":"2026-03-11T17:24:44+00:00","price":null,"currency":"MYR","parent_profile":{"id":"5ce9b633-8ea6-4e1c-84b3-e8c814505eaf","slug":"alitqan-edu-my","name":"Utama AL-ITQAN - Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang","url":"https://alitqan.edu.my/"}}