{"content":"Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia\n------------------------------------------\n\nPertandingan ini mula dijalankan sejak tahun 70-an lagi sebagai salah satu aktiviti Persatuan Sejarah Malaysia. Ia pernah menjadi sebahagian aktiviti Kementerian Pelajaran khususnya Bahagian Sekolah yang menjadi urus setianya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia. Walaupun demikian pertandingan ini ada masanya terhenti disebabkan ketiadaan sumber kewangan.\n\nPada awal 1990-an Persatuan Sejarah Malaysia diberi peruntukan khusus oleh Jabatan Perdana Menteri hinggalah sekarang. Sejak itu pertandingan ini dapat dijalankan setiap tahun. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, PSM menguruskan pertandingan ini dengan menghantar terus brosur pertandingan ke sekolah, menerima hasil karya dan menguruskan pemeriksaan serta menyediakan laporan berkaitan pertandingan ini. Brosur pertandingan akan diedar pada awal bulan April. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah pemenang dari seluruh negara dijemput hadir menerima hadiah yang disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.\n\n![](https://psm.org.my/wp-content/uploads/2024/02/1-1-1024x680.jpg)\n\n![](https://psm.org.my/wp-content/uploads/2024/02/4-1024x678.jpg)\n\nKEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2025\n---------------------------------------------------------\n\nKATEGORI MENENGAH RENDAH\n------------------------\n\n##### TEMPAT PERTAMA\n\n**Tajuk :  \n**Jejak Raja Teromba : Usaha Allahyarham Dato’ Paduka Profesor Madya Dr. Mohd  \nRosli Bin Saludin Dalam Memartabatkan Adat Perpatih Melalui Teromba. (21/SMR)\n\n**Penulis :  \n**Iqbal Rasyad Bin Ismaazir  \nMuhammad Imran Hafiy Bin Shaharuddin  \nMuhammad Aidil Zaquan Bin Mohamed Qadri\n\n**Sekolah :**  \nSM Agama Sains Kuala Pilah, 73100 Johol, Negeri Sembilan\n\n##### TEMPAT KEDUA\n\n**Tajuk :  \n**Impak Penubuhan UITM Jengka Terhadap Transformasi Sosioekonomi Komuniti  \nSekitar. (18/SMR)\n\n**Penulis :  \n**Nur Alya Qistina Binti Mohd Puat  \nNur Amanina Safiyah Binti Kamarzzam  \nNur Dinie Batrisyia Binti Mohd Asri\n\n**Sekolah :  \n**SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Km 4, Jalan Jerantut-Temerloh,  \n27000 Jerantut, Pahang\n\n##### TEMPAT KETIGA\n\n**Tajuk :  \n**Ops Daulat: Transformasi Lahad Datu. (16/SMR)\n\n**Penulis :  \n**Muhammad Iman Mustaqim Bin Sukiman  \nAina Sakinah Binti Sudirman  \nNurul Iman Binti Abdullah\n\n**Sekolah :  \n**SMK Agaseh, Peti Surat 60254, 91112 Lahad Datu, Sabah\n\nKATEGORI MENENGAH ATAS\n----------------------\n\n##### TEMPAT PERTAMA\n\n**Tajuk :  \n**Pembentukan Institusi Yang Di-Pertuan Agung : Mahkota Pentadbiran Awam Negara (27/SMA)\n\n**Penulis :  \n**Muhammad Rayyan Nashr Bin Mohd. Rusydi Azfar  \nAqil Irfan Bin Afisza Irfan  \nAfi Izham Bin Helmie Yazir\n\n**Sekolah :  \n**SMK Putrajaya Presint 5(1), Jalan P5A/5, Presint 5, 62000 Putrajaya\n\n##### TEMPAT KEDUA\n\n**Tajuk :  \n**Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM): Pemacu Transformasi Sosioekonomi Negara dari Tahun 1970 hingga Tahun 1990.(03/SMA)\n\n**Penulis :  \n**Muhammad Afiq Adhwa Bin Hussen  \nAlvin Seman Anak Giri  \nHaziq Syazwan Bin Syahrul Akma\n\n**Sekolah :  \n**SMK St. Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak\n\n##### TEMPAT KETIGA\n\n**Tajuk :  \n**Kampung Morten Sebagai Cerminan Kelestarian Identiti Budaya Melayu Dalam Arus Pemodenan. (28/SMA)\n\n**Penulis :  \n**Nur’Ain Qasrina Binti Md Zuhol\n\n**Sekolah :  \n**Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, 77000 Jasin, Melaka\n\nKATEGORI TINGKATAN 6 / MATRIKULASI\n----------------------------------\n\n##### TEMPAT PERTAMA\n\n**Tajuk :  \n**“Pekan Kebun 500 Dalam Lintasan Sejarah : Kajian Evolusi Sosioekonomi Masyarakat Kepada Identiti Tempatan”. (13/T6)\n\n**Penulis :  \n**Muhammad Nazin Afif Bin Muhammad Nasir  \n\n**Sekolah :  \n**KTE (Prauniversiti) Sultan Sallehhuddin, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor  \nSetar, Kedah\n\n##### TEMPAT KEDUA\n\n**Tajuk :  \n**Dari Pedalaman ke Parlimen : Naratif Politik dan Kepimpinan YB Senator Abun Sui Anyit Dalam Membawa Suara Masyarakat Belaga, Sarawak (2023-2025). (15/T6)\n\n**Penulis :  \n**Athanasius Augustine  \n\n**Sekolah :  \n**Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Jalan Bunga Tanjung 2, Tanjong  \nLobang, 98000 Miri, Sarawak\n\n##### TEMPAT KETIGA\n\n**Tajuk :  \n**Kebudayaan dan Kesenian Wayang Kulit Seri Asun Dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Mukim Asun, Kedah dari Tahun 1966 hungga Tahun 2020. (12/T6)\n\n**Penulis :  \n**Nuril Adleena Batrisyia Binti Azhar  \n\n**Sekolah :  \n**KTE (Prauniversiti) Sultan Sallehhuddin, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor  \nSetar, Kedah","original_url":"https://psm.org.my/aktiviti/pertandingan-menulis-sejarah-malaysia/","path":"/aktiviti/pertandingan-menulis-sejarah-malaysia","title":"Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia - Persatuan Sejarah Malaysia","page_type":"page","word_count":567,"key_claims":[],"content_summary":null,"topics":[],"author":null,"published_date":"2024-02-07T04:07:42+00:00","price":null,"currency":"MYR","parent_profile":{"id":"3ca728d0-b910-4fb3-bd3a-713c4fde2bb2","slug":"psm-org-my","name":"Home - Persatuan Sejarah Malaysia","url":"https://psm.org.my/"}}