{"content":"**Kaedah 16. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie**\n\n(1) Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh Sijil itu.\n\n(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam **Borang D** dalam Jadual dan dikemukakan kepada Jawatankuasa.\n\n(3) Fi bagi pembaharuan setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti yang berikut:\n\n_(a)_ jika permohonan dibuat **dalam tempoh** yang ditetapkan dalam subkaedah (1), finya ialah satu ratus ringgit;\n\n_(b)_ jika permohonan dibuat **selepas tempoh** yang ditetapkan oleh subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh Sijil itu, finya ialah satu ratus lima puluh ringgit;\n\n_(c)_ jika permohonan dibuat **selepas tarikh tamat** tempoh Sijil itu, finya ialah dua ratus ringgit.","original_url":"https://guaman.maiamp.gov.my/","word_count":112,"key_claims":["Syariah legal practice certificate renewal (Kaedah 16)","Borang D application"],"content_summary":"eLesen Guaman MAIP handles Syariah legal practice certificate renewals.","expertise_signals":["Syariah law","Professional licensing"]}