{"content":"[NOTIS MESYUARAT AGUNG PUSPANITA 2026](http://puspanita.selangor.gov.my/?p=2551)\n--------------------------------------------------------------------------------\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2026/02/notis-mesyuarat-agung-2026-768x1024.jpg)\n\nSemua ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-42 Tahun 2026 yang akan diadakan pada:\n\n**Tarikh : 6 Mac 2026**  \n**Masa: 8.00 pagi – 12.30 tgh**  \n**Tempat: Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam**\n\n**[\\>>Download Notis Mesyuarat Agung 2026](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2026/02/2026-Notis-AGM_Ke42-1.pdf)**  \n**[\\>>Download Surat Cuti Tanpa Rekod](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2026/02/Surat-Pelepasan-CTR-AGM-2026.pdf)**  \n**[\\>>Download Laporan Tahunan 2025](https://anyflip.com/autqj/egtv)**\n\n\\*Semua ahli dijemput hadir, surat edaran melalui jabatan\n\n\\*Sila rujuk notis untuk pautan mengisi borang pencalonan dan usul\n\n[Terima kasih semua yang menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2025](http://puspanita.selangor.gov.my/?p=2428)\n----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\n**Terima kasih semua yang menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2025**\n\nSekitar majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2025 PUSPANITA Negeri Selangor oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Selangor\n\n……\n\nMESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-41 TAHUN 2025 PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SELANGOR\n\n24 MAC 2025, AUDITORIUM DEWAN SULTAN ABDUL AZIZ, SHAH ALAM.\n\nPUSPANITA Cawangan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2025. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor, diiringi oleh YBhg. Datin Syarmila binti Yahaya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor, Timbalan-timbalan Pengerusi iaitu YBhg. Datin Nazurah binti Masri, YBhg. Datin Rosmayuzi binti Musa dan YBhg. Datin Ainulma binti Abd Ghani.\n\nSelain itu turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Daerah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah, Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, Ketua- ketua Jabatan dan ahli-ahli PUSPANITA. Bacaan doa telah dipimpin oleh Al-Muhamad Fierdauss bin Rosli, Pegawai Penyelaras Takmir Negeri Selangor.\n\nPada tahun ini, selain sumbangan Geran Tahunan kepada 9 Cawangan Kecil Daerah, 5 kategori anugerah telah diperkenalkan iaitu ;\n\n1\\. Anugerah Ahli Harapan  \n2\\. Anugerah Ahli Jawatankuasa Aktif  \n3\\. Anugerah Biro Cemerlang  \n4\\. ⁠Anugerah Program Terbaik  \n5\\. Anugerah Khas Majlis Tertinggi\n\nTahniah dan syabas kepada Penerima Anugerah;\n\n1\\. Ahli Harapan – Puan Saedah binti Muskam, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor  \n2\\. Ahli Jawatankuasa Aktif – Puan Siti Aini binti Amdin, AJK Kecil Biro Keahlian & Tugas-Tugas Khas  \n3\\. Biro Cemerlang – Biro ICT dan Seranta  \n4\\. Program Terbaik – PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Hulu Langat – Program Intergenerasi Sihat Madani 2024  \n5\\. Anugerah Khas Tertinggi – Puan Zaimah binti Ab Razak\n\nSemoga anugerah ini dapat memberi sumber motivasi untuk meningkatkan lagi prestasi PUSPANITA Negeri Selangor.\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-1-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-2-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-3-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-4-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-5-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-6-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-7-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-8-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-9-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-16-1024x768.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-17-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-18-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-19-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-22-1024x683.jpg)\n\n![](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/agm2025-23-1024x683.jpg)\n\n[NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUN 2025](http://puspanita.selangor.gov.my/?p=2415)\n----------------------------------------------------------------------------\n\nSemua ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Tahun 2025 yang akan diadakan pada:\n\n**Tarikh : 24 Mac 2025**  \n**Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam**\n\n[**\\>>Download Laporan Tahunan 2024**](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/03/Laporan-Tahunan-2024-PUSPANITA-Negeri-Selangor.pdf)  \n[**\\>>Download Notis Mesyuarat Agung 2025**](http://puspanita.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2025/03/2025-PINDAAN-Notis-AGM-Ke-41-Tahun-2025.pdf)\n\n\\*Semua ahli dijemput hadir, surat edaran melalui jabatan\n\n\\*Sila rujuk notis untuk pautan mengisi borang pencalonan dan usul","original_url":"http://puspanita.selangor.gov.my/","word_count":466,"key_claims":["Women public service association Selangor","42nd AGM 6 March 2026"],"content_summary":"Puspanita Selangor is a women's professional association for public servants.","expertise_signals":["Women's professional organization"]}