{"content":" \n\n### [KSAS - Hari 1](http://ictblog.upsi.edu.my/2011/05/ksas-hari-1.html)\n\nKerja-kerja pemeriksaan telah dilakukan pada hari ini:\n\n1.  Memeriksa peralatan yang telah siap dipasang di SK01 dan Pusat Data di Pusat Komputer\n2.  Membuat ujian ke atas sambungan antara Pusat Komputer KSAS dan KAB.\n\nSK01\n\n*   Switch telah siap dipasang, tetapi pihak Pernec (Amirul) masih lagi dalam proses memasang patch cord di switch. \n*   Ujian keatas semua nod rangkaian telah dilakukan dan Pernec akan menghantar salinan keputusan ujian kepada Sakata.\n*   Peralatan CCTV telah siap dipasang.\n\nPusat Komputer\n\n*   Switch telah dipasang di Pusat data tetapi core switch masih belum dipasang. Pemasangan akan dilakukan oleh Pernec dalam minggu ini. \n*   Ujian nod rangkaian masih belum dilakukan di sini. Pernec akan melakukan ujian apabila syiling siap dipasang dan kerja kerja sivil siap. \n*   Bekalan kuasa masih tiada dan ada masalah pemasangan bateri tambahan di luar Pusat Data.\n*   Ujian fiber point to point ke KAB juga telah dijalankan oleh Itania dan didapati semua 12 core fiber SM berfungsi. (keputusan ping akan diposkan kemudian).\n\n \n\n### [WiFi@UPSI](http://ictblog.upsi.edu.my/2011/05/wifiupsi.html)\n\nKerja-kerja menambahbaikan perkhidmatan WiFi@UPSI sedang giat dilakukan. Mohon kerjasama warga ICT untuk memberi komen tentang laman Captive Portal baru.\n\n \n\n### [MOHE Implementation Plan for Development of Innovative Human Capital at Tertiary Level](http://ictblog.upsi.edu.my/2011/05/assalamualaikum-adalah-dimaklumkan.html)\n\nAssalamualaikum,\n\nAdalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agenda Inovasi Negara 2011 peringkat UPSI yang dihadiri ketua-ketua kumpulan Inovasi UPSI bersetuju agar Pengarah Pusat ICT diminta mencadangkan plan tindakan yang boleh diambil oleh pihak UPSI berhubung Strategi ke 9 _MOHE Implementation Plan for Development of Innovative Human Capital at Tertiary Level seperti berikut:_\n\n9.1: Improve and enhance accessibility through ICT (TEST);\n\n9.2: Intensify the use of ICT to spur idea creation & innovation campus-wide and among collaborators (IHL);\n\n9.3 Ensure ICT accessibility to a wide range of society (include ICT-friendly regulatory process);\n\n9.4 Upgrade on latest ICT developments for creativity and innovation.\n\nMohon pendapat atau cadangan untuk kita buat draf plan tindakan berkenaan.\n\nTerima kasih","original_url":"http://ictblog.upsi.edu.my/","word_count":313,"key_claims":[],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}