{"content":"[Kenapa Haikal-Harith hilang?](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=704:kenapahaikal-harithhilang&catid=2:latest)\n------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nSaturday, 07 February 2026 11:02\n\n![](/web/images/news/070226/haikal%20a.jpg \"d\")\n\nKetua Pegawai Eksekutif (CEO) tahun 2025 Persatuan Kriket Sarawak, Haikal-Harith Adam Prakash tidak dapat dikesan.\n\n”Di manakah Haikal sejak awal bulan lepas? Tanya seorang pegawai veteran Kriket Sarawak.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=704:kenapahaikal-harithhilang&catid=2:latest)\n\n[Memalukan, sokongan jurulatih di VI terhenti](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=703:memalukan-sokongan-jurulatih-di-vi-terhenti&catid=2:latest)\n----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nFriday, 16 January 2026 10:35\n\n![](/web/images/news/160126/azim-1068x409a.png)\n\nProgram pembangunan kriket di Victoria Institution telah dihentikan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia berkuat kuasa 29 November 2025 berikutan masalah pengurusan sekolah itu.\n\nKriket Melayu bersetuju untuk memulakan kegiatan melatih pemain di VI sejak Mei 2023 setelah dimohon pengetua sekolah itu, Abdul Samad Othman.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=703:memalukan-sokongan-jurulatih-di-vi-terhenti&catid=2:latest)\n\n[Jutaan ringgit siapa bertanggung jawab?](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=702:jutaan-ringgit-siapa-bertanggung-jawab&catid=2:latest)\n------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nFriday, 16 January 2026 10:22\n\nDALAM akaun Persatuan Kriket Malaysia (MCA) setakat sembilan bulan berakhir 30 Sepember 2025 ternyata perolehannya berjumlah RM11.5 juta manakala belanja dalam RM10 juta.\n\nAngka kedua-dua cabang dalam perbelanjaan dan pendapatan adalah tinggi. Ia dihalusi dalam mesyuarat majlis MCA, 10 Januari 2026 yang dihadiri anggota majlis eksekutif dan wakil negeri.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=702:jutaan-ringgit-siapa-bertanggung-jawab&catid=2:latest)\n\n[Peluang miliki topi Kriket Melayu terkini](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=701:peluang-miliki-topi-kriket-melayu-terkini&catid=2:latest)\n-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nSaturday, 13 September 2025 15:03\n\n![](/web/images/news/130925/aa.jpg)\n\nBERIKUTAN permintaan ramai, topi Kriket Melayu edisi terbaharu dikeluarkan dengan harga berpatutan sebagai cenderamata kepada penyokong termasuk ahli persatuan.\n\nIa dikeluarkan oleh Win Work Marketing; sebuah firma yang sememangnya pakar dalam membentuk dan menjual topi edisi terkini.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=701:peluang-miliki-topi-kriket-melayu-terkini&catid=2:latest)\n\n[Tentera terlalu gagah dalam babak akhir](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=700:tentera-terlalu-gagah-dalam-babak-akhir&catid=2:latest)\n-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nSunday, 17 August 2025 22:17\n\n![](/web/images/news/170825/1.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR** - Tentera terlalu perkasa buat Pahang yang tersungkur dengan 231 larian dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 17 Ogos 2025.\n\nWalaupun memenangi undian dan cuba memancing lawan, Pahang menerima kejutan apabila gandingan wiket pertama Tentera menghasilkan 198 larian dalam 23.1 over.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=700:tentera-terlalu-gagah-dalam-babak-akhir&catid=2:latest)\n\n[Pahang boleh hampiri rekod 1956](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=699:pahang-boleh-hampiri-rekod-1956&catid=2:latest)\n---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nSaturday, 16 August 2025 20:48\n\n![](/web/images/news/160825/1.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR** - Pahang semakin mencabar untuk memastikan usaha mempertahankan pencapaian tahun 1956 dan 1962 apabila layak ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja, 17 Ogos 2025 di Kelab Aman.\n\nDalam separuh akhir mendebar dan menakjubkan, Pahang menanfikan juara enam kali, Negeri Sembilan dengan enam wiket di Kelab Aman, 16 Ogos 2025.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=699:pahang-boleh-hampiri-rekod-1956&catid=2:latest)\n\n[Pahang bangkit dengan kemenangan besar](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=698:pahang-bangkit-dengan-kemenangan-besar&catid=2:latest)\n-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nThursday, 14 August 2025 17:37\n\n![](/web/images/140825/4.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR -**  Pahang kembali dengan garang apabila membenam naib juara 2024, Sabah dengan 151 larian untuk menjuarai kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.\n\nBagi pertarungan penentu nasib, Pahang yang terdahulu tumpas lapan wiket kepada Selangor telah menguasai pertemuan di Kelab Aman (14 Ogos 2025) apabila melakukan 219 larian dengan Areean Aref Zaharin memeranjatkan dirinya sendiri menerusi sumbangan 65 larian.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=698:pahang-bangkit-dengan-kemenangan-besar&catid=2:latest)\n\n[Tentera menang dalam 20 balingan](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=697:tentera-menang-dalam-20-balingan&catid=2:latest)\n-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nWednesday, 13 August 2025 20:57\n\n![](/web/images/news/130825/1.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR** - Perlis menamatkan saingan Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila kalah kepada Tentera dengan sepuluh wiket dalam pertemuan di Kiara Oval, 13 Ogos 2025.\n\nDengan hanya mengumpulkan 38 larian, skuad Tentera yang dibarisi pemain dan bekas pemain kebangsaan meranapkan wiket Perlis hanya dalam 19.4 over; seterusnya membalas dengan angka 41 tanpa tewas dalam 20 balingan.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=697:tentera-menang-dalam-20-balingan&catid=2:latest)\n\n[Penguasaan awal Sabah, Negeri Sembilan](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=696:penguasaan-awalsabahnegerisembilan&catid=2:latest)\n-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nTuesday, 12 August 2025 17:06\n\n![](/web/images/news/120825/4.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR** - Dua pasukan pilihan, Negeri Sembilan dan Sabah melaksanakan penguasaan hari pembukaan Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja, 12 Ogos 2025/\n\nDi Kiara Oval, Kelab Selangor Diraja, Negeri Sembilan; johan enam tahun berturut-turut mengatasi Perlis dengan 56 larian. Di Kelab Aman pula, naib juara 2024, Sabah menangi aksi mendebarkan dengan dua wiket ke atas Selangor.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=696:penguasaan-awalsabahnegerisembilan&catid=2:latest)\n\n[Hanya enam terbaik dibenarkan bersaing](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=695:hanya-enam-terbaik-dibenarkan-bersaing&catid=2:latest)\n-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nMonday, 23 June 2025 11:34\n\n![](/web/images/news/230625/whatsapp-image-2025-06-23-at-10.04.30-am-1068x804.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR** - Persatuan Kriket Melayu Malaysia masih mengekalkan enam pasukan terbaik untuk beraksi dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja bermula 12 hingga 17 Ogos 2025.\n\nKeenam-enam pasukan ialah Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Selangor, Perlis dan Angkatan Tentera.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=695:hanya-enam-terbaik-dibenarkan-bersaing&catid=2:latest)\n\n[Kejohanan besar untuk tampung gerakan pembangunan](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=694:kejohanan-besar-untuk-tampung-gerakan-pembangunan&catid=2:latest)\n---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nFriday, 30 May 2025 19:27\n\n![](/web/images/news/300525/whatsapp-image-2025-05-30-at-6.36.19-pm-e1748602367247.jpg)\n\n**KUALA LUMPUR -** Persatuan Kriket Melayu Malaysia berhasrat untuk kembali menganjurkan dua pertandingan yang pernah popular sewaktu gigih melaksanakan pembangunan sebelum tahun 2017.\n\nSaingan sekolah Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pendidikan (Pelajaran) yang memperuntukkan aksi dua ining dan permulaan pertandingan bawah 15 Trofi Tuanku Jaafar yang dihentikan pada 2018.\n\n[Baca lagi..](/web/index.php?option=com_content&view=article&id=694:kejohanan-besar-untuk-tampung-gerakan-pembangunan&catid=2:latest)\n\nPage 1 of 60","original_url":"http://malaycricket.org.my/","word_count":694,"key_claims":["News page about missing persons"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}