{"content":"Tentang Kami\n------------\n\nPejabat Canselori atau Chancellory Office adalah pejabat pengurusan tertinggi dan utama di [Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)](https://www.uthm.edu.my). Pejabat ini bertanggungjawab untuk memastikan halatuju, perancangan polisi dan pembangunan universiti selari dengan hasrat penubuhan UTHM berpandukan kepada misi, visi dan falsafah penubuhan universiti.\n\nPejabat Canselori merangkumi bahagian-bahagian berikut:\n\ni)    Pejabat Naib Canselor  \nii)   Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)  \niii)  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)  \niv)  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)  \nv)   Pejabat Penolong Naib Canselor (Digital & Infrastruktur)  \nvi)  Pejabat Penolong Naib Canselori (Strategik & Kualiti)  \nvii) Pejabat Canselori\n\n* * *\n\n*   Visi\n*   Misi\n*   Objektif Kualiti\n\nVisi\n----\n\nMenjadi pusat pentadbiran universiti yang berwibawa dan lestari.\n\nMisi\n----\n\nKomited melaksanakan tadbir urus unggul dalam merealisasikan matlamat universiti.\n\nObjektif Kualiti\n----------------\n\nMemastikan perancangan, pelaksanaaan, pemantauan dan penambahbaikan tadbir urus dilaksanakan secara berkesan selari dengan visi dan misi universiti.\n\n* * *\n\n### _Info Semasa Canselori_ \n\n ![](/templates/yootheme/cache/e2/PENGUMPULAN%20BAHAN%20KITAR%20SEMULA%20CANSELORI-e2d1fedf.jpeg)\n\n**26 & 27 Ogos 2025 | Pengumpulan Bahan Kitar Semula Canselori**\n\nHari Pengumpulan Bahan Kitar Semula Canselori akan diadakan dengan sasaran 100kg.\n\n ![](/templates/yootheme/cache/b5/DJI_0160%202-b55da221.jpeg)\n\n**31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri 1446H**\n\n_Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H Maaf Zahir & Batin. Ucapan tulus ikhlas daripada Warga Canselori._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/42/Gambar%20Majlis%20Khatam%202025-42a3f536.jpeg)\n\n**21 Mac 2025 | Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadan 1446H/2025M Anjuran Kelab Staf Canselori**\n\n_Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Bilik Jamuan Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah dengan sempena Ramadan 1446H._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/83/Munjung%202025%20Canselori-83afde31.jpeg)\n\n**19 Mac 2025 | Program Munjung@Canselori Anjuran Kelab Staf Canselori**\n\n_Semua ahli kelab bersama-sama menyertai Program Munjung@Canselori._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/9c/WhatsApp%20Image%202024-09-05%20at%209.10.06%20AM-9cb37b8d.jpeg)\n\n**5 September 2024 | Program Kecergasan Canselori**\n\n_Program Kecergasan bulanan Kelab Canselori telah diadakan di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah dengan bimbingan Coach Afiq._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/fb/Pengukuhan%20Kalis-fb4bb320.jpeg)\n\n**14 Ogos 2024 | Program Pengukuhan@Canselori**\n\n_Program Pengukuhan bertajuk \"Warga Kerja Kalis Masa Hadapan: Apa? dan Bagaimana?\" telah dilaksanakan pada 14 Ogos 2024 di Bilik Jamuan Utama, Aras 5 PTTA._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/09/Sambutan%20hari%20jadi-09854f5f.jpeg)\n\n**14 Julai 2024 | Sambutan Ulangtahun Kelahiran**\n\n_Kelab Staf Canselori telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bagi ahli kelab untuk bulan Januari hingga Julai. Bacaan Surah Yassin dan doa selamat untuk anak ahli Kelab Canselori yang ditimpa musibah turut diadakan pada majlis tersebut._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/06/almari%203-06e9b770.jpeg)\n\n**2 Julai 2024 | Program Almari Rahmah**\n\n_Sebanyak 213 pakaian dan 19 tudung telah berjaya dikumpulkan. Kesemua pakaian ini telah diserahkan kepada Almari Rahmah Universiti pada 2 Julai 2024 di Pusat Islam._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/a9/almari%201-a9e45e33.jpeg)\n\n**2 Julai 2024 | Program Almari Rahmah**\n\n_Kelab Staf Canselori telah menganjurkan program “Almari Rahmah Kelab Staf Canselori”. Program melibatkan semua ahli kelab ini adalah inisiatif kelab bagi menyokong program Almari Rahmah anjuran Pusat Islam. Maklumat program adalah seperti di [poster](/canselori/info)._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/8f/PNC06229-min-8fd5acd1.jpeg)\n\n**2 April 2024 | Majlis Khatam Al-Quran**  \n\n_Kelab Staf Canselori telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 2024 bertempat di Bilik Jamuan Eksekutif._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/51/PNC06269-min-51ea7533.jpeg)\n\n**3 April 2024 | Program Bubur Lambuk**\n\n_Kelab Staf Canselori dengan kerjasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat telah mengadakan Program Bubur Lambuk 1445H/2024M di Masjid Sultan Ibrahim, UTHM._\n\n ![](/templates/yootheme/cache/c0/Camping-c0d0df8a.png)\n\n**29 April 2024 | Camping D' Aidilfitri**\n\n_Aktiviti Camping D' Aidilfitri telah diadakan di Anjung Pejabat Canselori, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah dengan kerjasama Team Camping._\n\n* * *\n\n### Total Visits :\n\n11949\n\nToday: 15\n\nTotal: 11,949\n\n* * *","original_url":"https://canselori.uthm.edu.my/","word_count":531,"key_claims":["UTHM Chancellory Office"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}