{"content":"#### **Jaminan Perkhidmatan**\n\nFasiliti di MyGovCloud@PDSA turut dilengkapi dengan peralatan dan perisian berteknologi terkini yang berupaya memastikan perkhidmatan DC dan DRC sentiasa tersedia dengan service level agreement (SLA) 99.5%.  \nPerkakasan dan perisian di semua cawangan MyGovCloud@PDSA diselenggara secara berkala dan komprehensif setiap tiga bulan manakala penyenggaraan pemulihan dilaksanakan mengikut keperluan. Bagi menjamin perkhidmatan yang selamat dan dipercayai, pusat data MyGovCloud@PDSA dilengkapi dengan sistem pengoperasian dan pemantauan yang berfungsi 24 jam sehari untuk mengesan sebarang isu teknikal atau serangan siber yang berlaku. Perkhidmatan dan fasiliti infrastruktur MyGovCloud@PDSA turut mematuhi standard piawaian MS ISO-IEC 27001:2013 - Information Security Management System bagi memastikan keselamatan aplikasi dan data agensi pengguna. Pasukan MyGovCloud@PDSA sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dalam memastikan teknologi yang digunakan di PDSA adalah selari dengan perkembangan semasa teknologi ICT di peringkat global. Tambahan lagi, perkhidmatan MyGovCloud@PDSA dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah dengan pensijilan profesional seperti Certified Data Centre Professional (CDCP), Certified Data Centre Specialist (CDCS), Certified TIA-942 Design Consultant (CTDC), Certified Data Centre Facilities Operations Manager (CDFOM), Cisco Certified Network Association (CCNA) dan sebagainya.","original_url":"https://mygovcloud.gov.my/main","word_count":172,"key_claims":["Government data centre with SLA 99.5%","DC and DRC services","Latest technology"],"content_summary":"MyGovCloud provides government data centre and disaster recovery with 99.5% SLA.","expertise_signals":["Data centre operations","Government IT"]}