{"content":"![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/1-922x614x142x20x638x574x1703825594.jpg \"1\")\n\nKerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan tahap kesihatan rakyat di negeri ini. Keperihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan\n\nBantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Diharapkan dengan Bantuan Sihat Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat, seterusnya melahirkan masyarakat yang positif dan sejahtera.\n\nKetika membentangkan Bajet 2023 Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk meneruskan program Bantuan Sihat Selangor (BSS)\n\nJENIS-JENIS BANTUAN\n-------------------\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/mata-295x197x33x0x263x197x1703825515.jpg \"mata\")\n\n### Katarak Mata\n\nBantuan pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/Physio_019-scaled-297x223x23x17x263x197x1705045759.jpg \"Physio\")\n\n### Fisioterapi Pasca Hospitalisasi\n\nBantuan rawatan fisioterapi berdasarkan saranan doktor di Hospital Kerajaan sehingga RM5,000\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/hands-holding-pink-ribbons-pink-background-scaled-295x197x33x0x263x197x1705045766.jpg \"hands holding pink ribbons on pink background, Breast cancer awa\")\n\n### Rawatan Kanser\n\nBantuan untuk kos rawatan, peralatan dan ubat yang disyorkan oleh Hospital\n\nKerajaan sehingga RM5,000\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/sugery-295x197x33x0x263x197x1703825518.jpg \"sugery\")\n\n### Pembedahan Kecil\n\nBantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM5,000\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/prostetik-scaled-295x197x16x0x263x197x1703825516.jpg \"Disabled young man with foot prosthesis sitting and hold mobile phone outdoor\")\n\n### Kaki Palsu\n\nBantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM5,000\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/heart-295x197x8x0x263x197x1703825515.jpg \"heart\")\n\nBantuan dan kemudahan rawatan penyakit tibi sehingga RM800\n\n![](https://bantuansihat.selangor.gov.my/wp-content/uploads/brizy/imgs/dll-295x197x5x0x263x197x1703825515.jpg \"dll\")\n\n### Lain-lain\n\nBantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM5,000\n\nPANEL\n-----\n\nProgram ini turut mengalu-alukan penglibatan pembekal perubatan untuk mengembangkan capaian program ke seluruh negeri Selangor. Sertai Bantuan Sihat Selangor sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut.\n\n1.  Pembekal alatan / perubatan mestilah farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia (Lesen A)\n2.  Penyedia dikehendaki memiliki premis fizikal dan hanya dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di alamat yang didaftarkan di dalam lesen perniagaan / SSM\n\n[Tonton Panduan Pendaftaran Panel](https://bantuansihat.selangor.gov.my/?page_id=824)[Daftar Sebagai Panel](https://providerbss.selcare.com/panel/register)[Log Masuk Panel](https://providerbss.selcare.com/panel/login)[Senarai Panel](https://bantuansihat.selangor.gov.my/?page_id=1547)","original_url":"https://bantuansihat.selangor.gov.my/","word_count":287,"key_claims":["Selangor state health assistance since 2009","Targets less fortunate citizens","Continuous improvements"],"content_summary":"Bantuan Sihat Selangor provides healthcare support to underprivileged residents since 2009.","expertise_signals":["Public health administration","Social welfare","Government healthcare"]}