{"content":"[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765159019jpeg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765159019jpeg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] JALINAN KASIH, SANTUNI WARGA EMAS](#)\n\nProgram Pasca UASA: Jalinan Kasih-Santuni Warga Emas Program Pasca UASA bertemakan \"Jalinan Kasih-Santuni Warga Emas\" telah berjaya dilaksanakan pada 26 November 2025 (Rabu) bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Bukit Mentok.\n\nKemuncak program adalah sesi interaksi antara pelajar dan warga emas melalui \"Aktiviti Bersama WE\" iaitu aktiviti membuat kuih butir nangka.\n\nSecara keseluruhannya, program ini mencapai matlamatnya untuk menjalin ukhuwah dan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Keterlibatan aktif pelajar dalam aktiviti bersama warga emas memaparkan semangat hormat-menghormati dan kasih sayang antara generasi. Program seumpama ini dilihat penting dalam memupuk nilai murni dan memanfaatkan masa pasca peperiksaan dengan aktiviti yang berfaedah.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765087818.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765087818.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA BALING U16 MSSD KEMAMAN](#)\n\nTarikh : 29 November 2025\n\nTempat : Kolej Vokasional Kemaman\n\nPencapaian : Tempat ke-3\n\nTahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SMI Al Amin Kemaman atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling U16 MSSD Kemaman 2025.\n\nMoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk lebih berusaha dan mencapai lebih banyak kejayaan.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765087219.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765087219.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] PROGRAM PASCA UASA: WARISAN DI HUJUNG JARI: MEMASAK KUDAPAN TRADISI](#)\n\n*   Tarikh: 27 November 2025\n*   Tempat: Masjid As-Syakirin, Kuala Kemaman\n*   Penglibatan: Tingkatan 1-3\n*   Guru: Muallimah Ain Za\n\nBersama muallim dan muallimah lain, penganjuran program ini meletakkan beberapa objektif utama yang ingin dicapai. Antaranya untuk memupuk kecintaan pelajar terhadap warisan makanan tradisional negara. Melalui penglibatan secara langsung dalam penyediaan kudapan tradisi, ia diharapkan dapat memastikan agar generasi muda bukan sahaja mengenali dan menghargai, tetapi juga berupaya meneruskan tradisi nenek moyang ini.\n\nSelain itu, program ini turut bermatlamat untuk menggalakkan kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan pelajar. Dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba dan menyediakan pelbagai kudapan tradisional, kemahiran praktikal dan inovasi dalam bidang masakan dapat dipertingkatkan.\n\nAkhir sekali, program ini dijangka dapat membangunkan semangat kerjasama dan komunikasi yang kukuh. Penglibatan pelajar, guru, dan komuniti setempat dalam aktiviti memasak, pameran, serta pertandingan akan mewujudkan persekitaran yang positif untuk saling bekerjasama dan bertukar pandangan, seterusnya mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765086796.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1765086796.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] PROGRAM DAURAH TINGKATAN 3 MUSLEH](#)\n\n ![🗓️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t5c/1/16/1f5d3.png) Tarikh: 29 November hingga 1 Disember\n\n ![🏞️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tc/1/16/1f3de.png) Tempat: Kem Sungai Congkak, Hulu Langat\n\n ![👥](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t8b/1/16/1f465.png) Peserta: 7 orang wakil pelajar terpilih (3 Banin dan 4 Banat)\n\nDaurah ini merupakan satu inisiatif utama dalam melahirkan barisan pimpinan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah teguh berteraskan nilai tarbiah dan rabbani.\n\nSelaras dengan pendekatan pendidikan holistik yang diamalkan oleh rangkaian sekolah Musleh, program ini bermatlamat untuk membentuk pemimpin pelajar yang:\n\n• Berkarisma dan Berintegriti:\n\nMemiliki sifat kepimpinan yang utuh dan berpegang teguh pada prinsip Islam.\n\n• Berpemikiran Matang:\n\nMampu mengurus cabaran kepimpinan dengan kebijaksanaan dan bertanggungjawab.\n\n• Memperkasa Jati Diri:\n\nMenjadi contoh teladan dalam kalangan rakan sebaya dan menggerakkan perubahan positif di sekolah.\n\nMelalui pengalaman yang mendalam di Kem Sungai Congkak ini, pihak sekolah mengharapkan agar setiap peserta akan kembali dengan semangat baharu, membawa panji-panji kecemerlangan holistik, dan menjadi agen perubahan yang sentiasa menyeru kebaikan, seterusnya menyumbang kepada pembinaan generasi Musleh yang cemerlang di dunia dan akhirat.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750910705.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750910705.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] UJIAN KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KRS MUSLEH](#)\n\nPihak SMI Al Amin Kemaman telah menghantar seramai 30 orang murid dan dua orang guru pengiring ke Ujian Kenaikan Pangkat KRS Musleh 2025. Ujian ini telah dilangsungkan pada 1 - 4 Jun 2025 yang bertempat di D’Amir Chalet, Sitiawan, Perak. Pihak sekolah telah menghantar wakil bagi kenaikan pangkat Sarjan, Staf Sarjan, dan Pegawai Waran.\n\nAntara objektif utama Ujian Kenaikan Pangkat ini diadakan adalah\n\nBesar harapan pihak sekolah agar pentauliahan pangkat serta pengalaman yang diperoleh pelajar yang terlibat dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dikongsikan bersama rakan-rakan lain.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750910354.png](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750910354.png)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] MSSD BADMINTON](#)\n\nTahniah buat para wakil bagi acara Badminton MSSD. Pencapaian yang amat membanggakan buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring dan penyokong yang telah bertungkus-lumus serta memberi komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.\n\nTerima kasih atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan pembangunan sahsiah.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750903290.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750903290.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] PROGRAM MOTIVASI TOUCH YOUR FUTURE (TINGKATAN 5)](#)\n\nProgram Motivasi ini adalah untuk calon-calon SPM 2025 yang telah disampaikan oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu DR Adnan Bin Omar, Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM).\n\nSemoga semua murid mendapat manfaat dari program ini, lebih bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan.\n\nJazakallahu khairan kathira diucapkan kepada Dr Adnan Omar atas kesudian berkongsi ilmu dengan calon SPM 2025.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750903046.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1750903046.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] PROGRAM MOTIVASI MENITI USIA BALIGH (TINGKATAN 2,3 & 4)](#)\n\nProgram motivasi ini telahpun disampaikan oleh tokoh yang berpengalaman iaitu DR Adnan Bin Omar, merupakan pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM).\n\nAntara objektif program motivasi ini adalah :\n\n1\\. Memahami definisi aqil baligh dalam perspektif Al-Qyran dan As-Sunnah\n\n2\\. Memberi panduan mengenai konsep aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan\n\n3\\. Mencadangkan cara yang lebih sihat dan betul dalam oengurusan baligh\n\nPihak sekolah amat berharap agar murid-murid dapat mengambil iktibar dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.\n\nJazakallahu khairan kathira diucapkan kepada DR Adnan Bin Omar atas kesudian berkongsi ilmu.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743494258.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743494258.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SRISMI\\] IFTAR PERDANA PIBG 2025](#)\n\nSuasana meriah Iftar Perdana PIBG Al Amin Kemaman 1446H.\n\nAlhamdulillah...terima kasih kepada penyumbang yg budiman , ibu ayah , muallim & muallimah serta anak-anak SRISMI Al Amin yg telah menjayakan Iftar Perdana PIBG tahun ini.\n\nSemoga Allah swt menerima segala kebaikan yg kita lakukan\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743492122.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743492122.jpg)\n\n](#)\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743475398.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743475398.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SRISMI\\] LATIHAN PERGURUAN MAHASISWA UNIVERSITI MUHAMMADIYAH RIAU](#)\n\nLatihan Perguruan Mahasiswa Universiti Muhammadiyah Riau di Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman: Satu Penghormatan kepada Sekolah Al Amin\n\nTiga orang mahasiswa dari Universiti Muhammadiyah Riau akan menjalani latihan perguruan di Al Amin Kemaman. Dua orang di SMI dan seorang di SRI. Majlis penyerahan siswa tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat SRI yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Perguruan yang diketuai oleh Dekan Fakulti; Pak Pratamabeni. Pemilihan Al Amin sebagai pusat latihan perguruan merupakan satu penghormatan besar kepada Sekolah Al Amin.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743473367.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743473367.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] KUNJUNGAN PEGAWAI CODA DARI JEPUN KE SMIAAK SEMPENA PROGRAM IMPLEMENTATION: DIGITAL ETIQUETTE FOR TEENAGERS](#)\n\nPada 26 Februari 2025 (Rabu lalu), SMI Al Amin Kemaman berbesar hati menerima kunjungan dua pegawai Content Overseas Distribution Association (CODA) dari Jepun. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Program Implementation: Digital Etiquette for Teenagers, yang dikendalikan oleh Teacher Salma bersama 22 orang murid.\n\nDiharapkan kunjungan ini membuka peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan serta pertukaran digital antara kedua-dua pihak. Terima kasih atas kesudian mereka berkongsi ilmu dan pengalaman!\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743472215.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743472215.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] IFTAR RAMADAN](#)\n\nKali ini kita memecah tradisi dengan menjemput komuniti non muslim berdekatan untuk merasai suasana harmoni iftar bersama beramai-ramai. Kehadiran anak-anak kita ke program iftar dan qiamulail kali ini juga sangat memberangsangkan. Alhamdulillah.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743470402.jpg](https://my06.awfatech.com/aakemaman/content/news/newsf1_0104_1743470402.jpg)\n\n](#)\n\n### [\\[SMI\\] KEM KEPIMPINAN SMIAAK 2025](#)\n\nProgram Kem Kepimpinan kali ini bertujuan untuk membentuk pemimpin muda yang berwibawa, berdaya saing, dan berintegriti tinggi. Ia juga menjadi platform bagi para pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi, membuat keputusan, dan memimpin dengan keyakinan.  \n\"Membina Kepimpinan, Menginspirasi Perubahan\".\n\nMaju!\n\nLAGI\n\n* * *","original_url":"https://alaminkemaman.edu.my/","word_count":1225,"key_claims":["Islamic school in Kemaman","Jalinan Kasih-Santuni Warga Emas elderly care program","Student-elderly interaction activities at PAWE Bukit Mentok"],"content_summary":"Al-Amin Kemaman is an Islamic school with community elderly care outreach.","expertise_signals":["Islamic education","Community outreach","Elderly care"]}