{"content":"#### Pematuhan Pekeliling Kerajaan\n\nMemastikan dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dipatuhi sepenuhnya\n\n#### Pengurusan Aset Menyeluruh\n\nPenggunaan Teknologi Maklumat bagi pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor.\n\n#### Integriti Pengurusan Aset Awam\n\nMemastikan Kementerian dan Jabatan Kerajaan menguruskan aset dan wang awam dengan berhemat dan teratur.\n\n#### Pelaporan Akaun\n\nMemastikan pelaporan akuan aset di urus mengikut peraturan yang ditetapkan didalam standard akaun Kerajaan Malaysia\n\n#### Pengurusan Penggunaan Aset\n\nMemastikan penggunaan, pemeriksaan dan senggaraan aset di rekod dengan baik bagi proses pemantauan.\n\n*   [Apakah yang dimaksudkan Aset Alih?](#faq2)\n    \n    Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.\n    \n*   [Adakah aset yang disewa perlu didaftarkan?](#faq4)\n    \n    Aset yang disewa daripada syarikat/ pembekal/ pengilang seperti mesin fotostat, kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset yang disewa hendaklah disediakan oleh Kementerian/ Jabatan/ PTJ bagi tujuan rekod.\n    \n*   [Adakah Ketua Jabatan boleh melantik Pegawai Aset?](#faq6)\n    \n    Pegawai Aset di Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah/ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) peringkat Kementerian atau Ibu Pejabat Jabatan.\n    \n*   [Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?](#faq1)\n    \n    Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah â€˜Kuasa Melulusâ€™ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.\n    \n*   [Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?](#faq5)\n    \n    Laporan Awal (KEW.PA-28, PP Bil. 5/2007) berserta laporan polis dan daftar aset dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam masa dua hari serta salinan kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara.\n    \n*   [Adakah Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan bangunan contohnya komputer dan perabot perlu didaftarkan?](#faq3)\n    \n    Aset alih yang dibekalkan bersekali dengan bangunan hendaklah didaftarkan dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3.\n    \n\nNo. 8-1, Jalan N U8/N  \nBukit Jelutong, Syeksyen 8 40150 Shah Alam\n\nsupport@kanntronics.com.my\n\n03-78037454\n\nYour message has been sent. Thank you!","original_url":"https://sistemaset.maim.gov.my/myserv/?welcome?welcome","word_count":347,"key_claims":["Majlis Agama Islam Melaka asset management"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}