{"content":"![](../upload/20230404114044hebahanapr2023.jpg)\n\nPertandingan Sulam Innovate 2023 (sulam Ideation, Invention, And Innovation Challenge)\n--------------------------------------------------------------------------------------\n\n1 April, 2026 SECARA DALAM TALIAN\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ingin mempelawa penyertaan daripada institusi YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam **Pertandingan _Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) Innovate_ 2023** dengan menghebahkannya kepada para pensyarah dan mahasiswa. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf pelaksanaan SULAM bersama komuniti dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPT dengan penglibatan orang awam, badan bukan kerajaan, industri dan agensi berkaitan secara lebih tersusun.  \n\nSULAM merupakan sebuah inisiatif utama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menghubungkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan komuniti khususnya dalam usaha menyelesaikan isu masyarakat ke arah peningkatan sosio-ekonomi setempat.\n\nUntuk makluman, penyertaan pertandingan SULAM Innovate 2023 dibuka dari 1 April 2023 sehingga 1 Jun 2023. Segala maklumat berkaitan pertandingan tersebut boleh diakses melalui laman sesawang SULAM di alamat [https://sulam2023.ia.unimas.my/](https://sulam2023.ia.unimas.my/) atau imbas QR kod.\n\nSyarat dan peraturan pertandingan boleh didapati di pautan tersebut: [https://tinyurl.com/SYARATSULAMINNOVATE2023](https://tinyurl.com/SYARATSULAMINNOVATE2023 \"Link: https://tinyurl.com/SYARATSULAMINNOVATE2023\")\n\nJabatan Pendidikan Tinggi  \nKementerian Pendidikan Tinggi","original_url":"https://sulam.mohe.gov.my/web/butiran-aktiviti~RnFWMklkQkpyeEZ5Y2RrRnpYWlJZUT09Ojo","word_count":167,"key_claims":[],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}