{"content":"Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal. Sesi kaunseling boleh dijalankan dengan membuat temujanji melalui aplikasi e-KPA di laman web JPA, e-mel, telefon, surat atau secara walk-in ke Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Jenis-jenis masalah yang dibincangkan semasa sesi kaunseling meliputi masalah prestasi & kerjaya, kesihatan, keluarga, pembangunan & kemahiran, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, psikososial & lain-lain.\n\nSelain penjawat awam, pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.","original_url":"https://interactive1.jpa.gov.my/ekpa/","word_count":83,"key_claims":["Government e-counseling via e-KPA app","Face-to-face appointment scheduling"],"content_summary":"Government e-counseling service enabling appointments through digital app.","expertise_signals":["Government services","Public counseling"]}