{"content":"Pada 14 Ogos 2025 (Khamis), Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah menyertai JAZRO Cup anjuran Jazari Robot bagi peringkat Central Region yang berlangsung di Rekascapes, Cyberjaya. Pertandingan ini menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah dari seluruh zon tengah untuk bersaing dalam pelbagai kategori berkaitan teknologi dan robotik.\n\nDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pasukan Hira’ telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan seperti berikut:\n\n**Kemenangan Utama**\n\n**Tempat Pertama – Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)**\n\nSyed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal\n\nSyauqi Usayd bin Mohd Usayr\n\n**Tempat Kedua – Kategori Bytedroid (Kumpulan 1)**\n\nFauzan bin Ihsan\n\nDanial Hanif bin Mohammad\n\n**Tempat Keempat – Kategori Bytedroid (Kumpulan 2)**\n\nUwais bin Abuzar\n\nMuhammad Hazim bin Mohammad Hazime\n\n**Penyertaan dan Liga Akhir**\n\n**Liga Akhir – Kategori Roboblitz (Kumpulan 3)**\n\nMuhammad Hazim bin Mohammad Hazime\n\nSyed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal\n\nSyauqi Usayd bin Mohd Usayri\n\nUwais bin Abuzar\n\n**Kategori Roboblitz (Kumpulan 1)**\n\nMuhammad Amir Harith bin Mohd Rizal\n\nMuhammad Adam Haiqal bin Fauzi\n\nAaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli\n\nMarissa Nisrina binti Marwan\n\n**Kategori Roboblitz (Kumpulan 2)**\n\nFauzan bin Ihsan\n\nDanial Hanif bin Mohammad\n\nMuhammad Rayyan Darwisy bin Mohd Azam\n\nAhmad Fahmi bin Shahrin\n\n**Kategori Robot Combat**\n\nMuhammad Amir Harith bin Mohd Rizal\n\nMuhammad Adam Haiqal bin Fauzi\n\n**Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)**\n\nAaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli\n\nMarissa Nisrina binti Marwan\n\n**Guru pembimbing yang telah membimbing dan memberi sokongan kepada para peserta ialah:**\n\nMuallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi\n\nMuallimah Siti Mastura binti Makenan\n\nMuallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin\n\nLebih membanggakan, Pasukan Game of Drone Mission Kumpulan 2 dan Pasukan Bytedroid Kumpulan 1 telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Zon Tengah ke JAZRO Cup Finale yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025 di lokasi yang sama.\n\nSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas usaha, komitmen, dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus cemerlang dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.","original_url":"https://hira.edu.my/","word_count":326,"key_claims":["Islamic school with tahfiz programs","Participated in JAZRO Cup robotics at Cyberjaya Aug 2025"],"content_summary":"HIRA is an Islamic school combining tahfiz with STEM robotics education.","expertise_signals":["Islamic Quranic education","Robotics programs"]}