{"content":"![](img/first.jpg)\n\nBantuan Tambang Belajar Pergi / Balik\n-------------------------------------\n\nBantuan tambang pula diberikan kepada pelajar SARJANA MUDA dalam bidang Pengajian Islam / Perubatan yang menuntut di Timur Tengah dan Indonesia. Tuntutan tersebut mestilah tidak melibihi kadar yang telah ditetapkan dan hanya boleh dibuat setelah pergi (mula pengajian) dan balik (tamat pengajian).  \n\\-- PERMOHONAN DITUTUP --\n\n![](img/student5.jpg)\n\nBantuan Awal Ke Institut Pengajian Tinggi\n-----------------------------------------\n\nBantuan ini diberikan sekali sahaja kepada anak-anak kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma/Sarjana muda Pengajian Islam Sepenuh Masa atau Sarjana muda Tidak Sepenuh Masa/PJJ Semua Bidang Pengajian atau Sarjana/PhD Semua Bidang Pengajian secara Sepenuh Masa / Tidak Sepenuh Masa di dalam atau di luar negara.  \n\\-- PERMOHONAN DITUTUP --\n\n![](img/second.jpg)\n\nBantuan Dermasiswa Pelajaran Bagi Pelajar IPT/Pondok\n----------------------------------------------------\n\nSetiap tahun MUIP menyediakan bantuan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta samaada dalam dan luar Negara yang dikenali sebagai bantuan Dermasiswa dengan kadar yang telah ditetapkan mengikut tempat pengajian masing-masing tertakluk pada keputusan ahli jawatankuasa mesyuarat Dermasiswa. Bagi pengajian di dalam Malayasia bantuan diberikan kepada semua kategori, manakal bagi pengajian yang berada di luar Negara pula diberi keutamaan kepada pengajian islam dan perubatan sahaja.  \n\\-- PERMOHONAN DITUTUP --\n\n![](img/hafazan2.jpg)\n\nSaguhati Penghafaz Al-Quran Pahang\n----------------------------------\n\nBantuan saguhati kepada Penghafaz Al-Quran yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat negeri Pahang menghafaz Al-Quran dan menjaganya serta menghargai dan mengiktiraf usaha atau komitmen serta sumbangan mereka yang sentiasa membaca Al-Quran ini untuk agama. Bantuan kepada penghafaz Al-Quran ini diagihkan melalui Asnaf Fisabilillah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Manakala kategori juzu’ yang telah ditetapkan adalah 5 juzu’, 10 juzu’, 20 juzu’ dan 30 juzu’.  \n\n![](img/kakk.jpg)\n\nBantuan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak & Fardu Ain\n----------------------------------------------\n\nMerupakan bantuan kepada pengendali Kelas Al-Quran Kanak-Kanak & Fardu Ain (KAKK) di negeri Pahang yang telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang. Bantuan ini hanya diberikan kepada KAKK yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan antaranya sebuah KAKK haruslah diadakan di Masjid/Bangunan Sekolah, mempunyai pelajar sekurang-kurangnya 20 orang yang berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun sahaja dan kelas perlu diadakan Isnin-Jumaat serta setiap sesi perlulah selama 2 jam 30 minit.","original_url":"https://zakat4pengajian.muip.gov.my/","word_count":344,"key_claims":["Zakat education fund for Islamic/medical students"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}