{"content":"10 KOMPETENSI\n-------------\n\nMemahami teknik-teknik khusus dalam meningkatkan kemahiran komunikasi yang berimpak tinggi dan berkesan.\n\nMemahami peranan dan kaedah yang terbaik dalam menguruskan konflik serta mengurangkan risiko konflik daripada berlaku.\n\nMengaplikasikan kemahiran berfikir secara lebih praktik dalam menghasilkan idea yang kreatif dan berstrategi serta persekitaran yang kritikal.\n\nMeningkatkan kemahiran menilai situasi dan mengkaji semua potensi dalam membuat keputusan yang rasional dan bermaklumat.\n\nMemahami tatacara komunikasi yang berkesan dalam menjadikan persembahan / pembentangan dengan lebih sistematik dan berimpak tinggi.\n\nMeningkatkan Kemahiran dalam membina dan mewujudkan rangkaian yang dapat meluaskan jaringan kerjasama strategik.\n\nMempertingkatkan peranan dalam merangka strategi melalui kaedah berfikir secara strategic bagi membawa kepada perubahan dan anjakan yang lebih baik.\n\nMemantapkan tatacara penampilan diri yang lebih profesional dan memahami etiket sosial.\n\nMeningkatkan kemahiran berunding dan keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan\n\nMemperkasakan kaedah yang lebih strategik dalam membuat perancangan bagi menonjolkan kualiti kepimpinan yang terunggul.","original_url":"https://edp.yayasanperak.gov.my/","word_count":146,"key_claims":["10 competencies training: communication, conflict management, critical thinking"],"content_summary":"Yayasan Perak offers professional training across 10 competencies.","expertise_signals":["Professional development","Human resources training"]}