{"content":"[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1771572561jpeg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1771572561jpeg)\n\n](#)\n\n### [WAKTU OPERASI PEJABAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1447H](#)\n\n𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇\n\nAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.\n\nDimaklumkan bahawa sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H, waktu operasi Pejabat Sekolah Islam Al-Farabi adalah seperti berikut:\n\n![🗓](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t5c/1/16/1f5d3.png) Isnin – Khamis\n\n![🕗](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t2f/1/16/1f557.png) 8.15 pagi – 3.45 petang\n\n![🗓](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t5c/1/16/1f5d3.png) Jumaat\n\n![🕗](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t2f/1/16/1f557.png) 8.15 pagi – 12.30 tengahari\n\n![🕝](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tdc/1/16/1f55d.png) 2.30 petang – 3.45 petang\n\nSehubungan itu, ibu bapa/penjaga yang ingin berurusan dengan pihak pejabat adalah dimohon untuk mematuhi waktu operasi yang telah ditetapkan.\n\nKerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.\n\n![🌙](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/1f319.png) Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H\n\n![✨](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tf4/1/16/2728.png) Membentuk Generasi Muslim Gemilang\n\nSekian, terima kasih.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1771572464.jpg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1771572464.jpg)\n\n](#)\n\n### [SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H](#)\n\n𝗠𝗔𝗥𝗛𝗔𝗕𝗔𝗡 𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡\n\nSelamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H. ![🌙](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/1f319.png)\n\nKehadiran bulan yang mulia ini adalah peluang keemasan untuk kita meningkatkan ketakwaan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan. Semoga segala amal ibadah dan ketaatan kita diterima oleh Allah SWT serta dilimpahi rahmat yang meluas.\n\nSelamat menjalankan ibadah puasa buat seluruh umat Islam, khususnya buat rakan-rakan dan warga kerja sekalian.\n\nIkhlas daripada :\n\nSeluruh warga kerja\n\nSekolah Islam Al Farabi\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1770798637.jpg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1770798637.jpg)\n\n](#)\n\n### [KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH ISLAM AL FARABI 2026](#)\n\n𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔\n\nKejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Islam Al Farabi bagi tahun 2026 telah pun selesai, walaupun tertunda dari masa yang dijadualkan, akibat cuaca yang tidak mengizinkan.\n\nKejohanan ini disertai oleh semua pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Farabi (SMIF) serta murid tahun 4, 5 & 6 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi (SRIIF).\n\nJuara Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Islam Al Farabi pada Tahun 2026 ini dimenangi oleh pasukan ASFAR (RUMAH KUNING). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan murid-murid yang terus berlari sehingga garisan penamat.\n\nTidak lupa juga penghargaan dan ribuan terima kasih kepada barisan ALP, PIBG dan ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan kepada peserta-peserta larian Merentas Desa.\n\nTerima kasih juga diucapkan kepada En. Firdaus bin Mohd Bostammi dan team (Sukarelawan Bomba Rantau Panjang) kerana membantu murid-murid yang mengalami perkara tidak diingini.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1770798503.jpg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1770798503.jpg)\n\n](#)\n\n### [HARI PENERANGAN IBU BAPA PRA TAHFIZ 2026](#)\n\n𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝟐𝟎𝟐𝟔\n\nDengan penuh kesyukuran, Hari Penerangan Ibubapa telah berjaya dilaksanakan pada 29 Januari 2026 (Khamis) di Surau Hadiqotul Jannah.\n\nPihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa atas kehadiran dan komitmen yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. Diharapkan segala maklumat dan penerangan yang disampaikan dapat difahami serta dimanfaatkan bersama demi kecemerlangan sahsiah dan akademik para pelajar.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768897215.jpg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768897215.jpg)\n\n](#)\n\n### [SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ISLAM AL FARABI 2026](#)\n\n𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐫𝐚𝐛𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔\n\nSemoga kehadiran kali ini disertai kesungguhan,\n\nsetiap usaha diberkati Allah SWT,\n\nserta dikurniakan kejayaan dan kecemerlangan\n\ndi dunia dan akhirat.\n\nberikut lensa camera sekitar hari pertama persekolahan Sekolah Menengah Islam Al Farabi & Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.\n\n![✨](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tf4/1/16/2728.png) Hadir Dengan Kesungguhan, Kembali Dengan Kecemerlangan!\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768525186jpeg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768525186jpeg)\n\n](#)\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768377338jpeg](https://my20.awfatech.com/alfarabi/content/news/newsf1_SA096_1768377338jpeg)\n\n](#)\n\n### [PENDAFTARAN PRA TAHFIZ 2026 KINI DIBUKA](#)\n\n![🔰](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t6a/1/16/1f530.png) 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀![❗](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t50/1/16/2757.png)![❗](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t50/1/16/2757.png)\n\nAssalamualaikum w.b.t.\n\n![1️⃣](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t7a/1/16/31_20e3.png) Pengambilan borang dan Pendaftaran bagi Kemasukan Murid Pra Tahfiz bagi sesi 2026 kini dibuka bermula 15.1.2026 (KHAMIS) pada jam 8:15 Pagi.\n\n![2️⃣](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t99/1/16/32_20e3.png) Tempat adalah terhad !!!\n\n![3️⃣](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tb8/1/16/33_20e3.png) Hanya dibuka bagi murid SEKOLAH ISLAM AL FARABI sahaja\n\n![4️⃣](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td7/1/16/34_20e3.png) Sila Rujuk Gambar berkenaan prosedur pendaftaran.\n\nSekian, Terima kasih.\n\n\"Membina Generasi Muslim Gemilang\"\n\nPentadbiran Sekolah Islam Al Farabi\n\nLAGI\n\n* * *","original_url":"https://alfarabi.edu.my/","word_count":582,"key_claims":["ALFARABI Ramadan office hours"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}