{"content":" \n\n### [Numero Uno](https://amran.aist.com.my/2019/10/numero-uno.html)\n\nSiang tak tidur, malam pun berjaga,\n\nKau sudah ukur, usaha 60 purnama,\n\nNiat sudah, khatam pun dah lama,\n\nYakin berjaya, pasti Tuhan kota.\n\nKau janji ibu, bela sampai mati,\n\nJanji pada ayah, jawab hati-hati,\n\nCakap pada diri, 9A itu pasti,\n\nPaling penting tunai janji Ilahi. \n\nLangkah kanan, buka lima jari,\n\nPena tulis, seakan menari,\n\nHijab buka, jangan kerut dahi,\n\nMRSM Muar numero uno di panji. \n\n \n\n### [Lima Belas](https://amran.aist.com.my/2019/08/lima-belas.html)\n\n15 tahun dahulu aku berjanji,\n\nLayan kau bak sang permaisuri,\n\nAmpun patik jika dimungkiri,\n\nKerana lafaz itu masih berdiri\n\nJujur kau masih misteri bagiku\n\nBagai jumpa pertama kali dahulu,\n\nMungkin itu adalah misi hidupku,\n\nKupas sehingga nampak dirimu.\n\nPegang tangan dilanjut usia,\n\nTamatkan marathon di’pace’ yang sama,\n\nKalau itu bukan azam sempurna,\n\nTambah backpacking ke hujung dunia. \n\nKu titip doa, isteri tercinta,\n\nBerjumpa cucu, setiap masa,\n\nAnak tak lupa mengirim doa,\n\nPaling cantik seluruh semesta. \n\nMulut manis berkarung gula,\n\nKalau tak cukup ku tambah nira,\n\nCukuplah di sini ku tutup tinta,\n\nJumpa lagi jika panjang usia.\n\n  \n\n  \n\n### [Langkah kedua (2018)](https://amran.aist.com.my/2019/01/langkah-kedua.html)\n\nLangkah kedua, kau pasti girang,  \nKau terbang, tinggalkan sarang,  \nJangan lupa apa mama terang,  \nBalas mesej kami, selalu bilang.\n\nKau kan jumpa macam-macam orang,  \nDuduk diam rindu dulang,  \nAir tangan di sini pasti kurang,  \nMinum manis pun rasa jarang.\n\nTuntut ilmu itu asas pejuang,  \nKadang kala susah itu perang,  \nJatuh berkali jangan berang,  \nKau kan rasa manis pabila menang.\n\nPapa perhati seolah bayang,  \nKalau rindu kau lihat bintang,  \nPasti nampak sinar benderang,  \nSuluh jalan sampai dijulang\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA9Xe6FcPlvjazvPtGFAydrzbJcDteSUkA4E_98psnf7sM2m5DwoUvbTlaOfDtvg3XGDuOh6CxVgJLFmoFvZQgVUuZk2ZEY_M2xPhhbHOnDEuZzwcPBbZDE-Z2pm3Z8SU08H-K/s400/husna-langkah-kedua.jpeg)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA9Xe6FcPlvjazvPtGFAydrzbJcDteSUkA4E_98psnf7sM2m5DwoUvbTlaOfDtvg3XGDuOh6CxVgJLFmoFvZQgVUuZk2ZEY_M2xPhhbHOnDEuZzwcPBbZDE-Z2pm3Z8SU08H-K/s1600/husna-langkah-kedua.jpeg)\n\n \n\n### [Warisan Baharu](https://amran.aist.com.my/2018/08/warisan-baharu.html)\n\nAnak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi,  \nTapi itu dulu, cerita masa minum kopi,  \nAnak sekarang, sepi diteman selfi  \nBerhubung tapi sendiri\n\nAir mata darah, bercampur keringat,  \nSekarang tak tentu arah, lupa qiraat,  \nBertuhankan kertas, lupa rakaat,  \nTak ingat tuhan walaupun sesaat\n\nBumi dipijak milik orang, nenek kaya raya,  \nMasih hamba orang, usaha tiada daya ,  \nCuma temberang, kaya dengan kata,  \nSebar dakyah kaum, inginkan kuasa.\n\nTergadai seluruh harta benda,  \nOrang luar laga, kata kita berbeza,  \nToreh kulit, darah merah sama,  \nCari titik satu, anak Adam jua.\n\nCinta lenyap diarus zaman,  \nSekarang masih tak makan saman,  \nSlogan cakap mahukan aman,  \nDalam diri perlu ada taman.\n\nJangan buang waktu lagi, raih sebuah mimpi,  \nWarisan dahulu, tetap dikunci,  \nKalau mahu maju, adaptasi bukan jampi,  \nCipta teknologi, roket keluar bumi.\n\n \n\n### [Dakwah Biru Kuning](https://amran.aist.com.my/2017/01/dakwah-biru-kuning.html)\n\nAku rindu kedamaian rimba,\n\nHijau tanpa secalit domba,\n\nHirup tanpa cemar di dada,\n\nKicau sesekali pecah gelita. \n\nTerperangkap di rumah hijau,\n\nAsap hitam semua tak risau,\n\nItu harga kejar emas berkilau,\n\nMati tak perlu kena toreh pisau. \n\nFauna hanya nampak di layar,\n\nFlora kuning tak perlu bayar,\n\nSemua kerana si empat tayar,\n\nCO2 penuh satu empayar. \n\nSusun, sisih sebelum buang,\n\nMulut berbuih macam tok dalang,\n\nSebelum daging bertukar tulang,\n\nHarap berubah menjadi orang.\n\nPasang niat mula sekarang,\n\nJaga alam bukan temberang,\n\nBeri cucu cahaya terang,\n\nLari di pantai kutip cengkerang. \n\nr0kawa\n\n  \n\n### [Debat Merdeka](https://amran.aist.com.my/2016/09/debat-merdeka.html)\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwwczU6ORyDY3-5GRIrFzZbBSAle1L0d-P9BYJn0CS4sdeiEhJ5WCF-8ICY9moPqp4-6VnOxEiwVaEHM1dm2UY-Bbb5XF5C5BbcEVYxCbmJTGfJXJ4vfbBjKgsBEPEgs70VYTC/s320/fateh_merdeka.jpg)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwwczU6ORyDY3-5GRIrFzZbBSAle1L0d-P9BYJn0CS4sdeiEhJ5WCF-8ICY9moPqp4-6VnOxEiwVaEHM1dm2UY-Bbb5XF5C5BbcEVYxCbmJTGfJXJ4vfbBjKgsBEPEgs70VYTC/s1600/fateh_merdeka.jpg)\n\n\\[ayah\\]\n\nAnak merdeka, apa kau tahu,\n\nBermandi darah, darurat lalu,\n\nPenjajah tarah, meninggal kuku,\n\nCerita yang kau baca hanya di buku.\n\n\\[anak\\]\n\nAyahanda kami bukan tak tahu,\n\nMerdeka kerana perjuangan lalu,\n\nSekarang ada dimensi baharu,\n\nPenjajah ghaib yang kami buru. \n\n\\[ayah\\]\n\nMakan ubi sebulan pasti,\n\nDapat beras itu kenduri,\n\nLapar perut tajam bak duri,\n\nSekarang mewah lagak puteri.\n\n\\[anak\\]\n\nKecur ubi disulam kopi,\n\nMakanan hanya lihat di TV,\n\nKadang-kadang diadil juri,\n\nMusuh kami, tentang obesiti.  \n  \n\n\\[ayah\\]\n\nKami satu, tentang penjajah,\n\nBukan lihat berbaris diarah,\n\nGondol bukit habis ditarah,\n\nBina landasan kami dikerah.\n\n\\[anak\\]\n\nKami bersatu menentang dadah,\n\nDemonstrasi tunjuk bebas diarah,\n\nGondol bukit sengaja ditarah,\n\nKeretapi laju bina sejarah.\n\n\\[semua\\]\n\nJuang merdeka belum berhenti,\n\nSama musuh, beza dimensi,\n\nJalur gemilang tegak berdiri,\n\nKami janji sehingga mati.\n\n  \n\n### [Bermain dengan Telegram Bot](https://amran.aist.com.my/2016/08/bermain-dengan-telegram-bot.html)\n\nSelepas habis demam [Pokemon Bot](http://amran.aist.com.my/2016/08/pengembaraan-menjadi-pokemon-master.html), berminat pula bermain dengan bot lain, [Telegram Bot](https://core.telegram.org/bots). Permulaan berjinak-jinak dengan Telegram Bot yang paling sukar bagi saya adalah pemahaman terminologi yang digunakan oleh Telegram Bot. Ini adalah kali pertama saya gunakan bot dalam perisian chat dan pemahaman adalah satu penyiksaan bagi seorang pengaturcara yang ingin terus terjun ke dalam penciptaan bot. Bagi yang pertama kali mendengar tentang [Telegram](https://telegram.org/), ia adalah lebih kurang perisian [Whatsapp](https://www.whatsapp.com/).\n\nYang paling mudah adalah mencari class yang sudah wujud dari pengaturcara lain untuk memudahkan penggunaan bot Telegram. Saya dalam kes ini menggunakan [PHP Telegram Bot](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot) dengan manual yang agak ringkas proses pertama adalah create bot menggunakan [@BotFather](https://telegram.me/BotFather)\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhudJskADiM3w0s4ott4vvNMqPcFcU4RiRD2N94f87lkhymrfRuox3T0LBkvcmepHCXFh1Q3xOTQs15OdU5v7Qip-7eXBexozRJZeyrcFztYjHPsE3wjewfZU5Bmg0qbxdoz0TT/s320/Screen+Shot+2016-08-23+at+6.57.39+PM.png)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhudJskADiM3w0s4ott4vvNMqPcFcU4RiRD2N94f87lkhymrfRuox3T0LBkvcmepHCXFh1Q3xOTQs15OdU5v7Qip-7eXBexozRJZeyrcFztYjHPsE3wjewfZU5Bmg0qbxdoz0TT/s1600/Screen+Shot+2016-08-23+at+6.57.39+PM.png)\n\nUntuk bagaimana create bot, boleh terus ke page [Telegram Bot](https://core.telegram.org/bots#6-botfather) dan mulakan langkah pertama untuk mendapatkan API key untuk berkomunikasi dengan bot tersebut.\n\nLangkah kedua adalah memahami bagaimana bot berfungsi dan berkomunikasi dengan bot tersebut. Kebiasaanya bot digunakan untuk maklumat seperti berita, e.g blog post dan notifikasi di Telegram tentang berita terbaharu. Dalam kes saya, saya ingin notifikasi ke group Telegram tentang keluar masuk kereta harian setiap pagi (6 pagi) dan saya boleh request Bot tentang keluar masuk harian dengan bertanyakan query \n\n*   /checkin - senarai kereta pulang hari ini\n*   /checkout - senarai kereta keluar hari ini\n*   /checkin tomorrow - senarai kereta pulang esok\n*   /checkout tomorrow - senarai kereta keluar esok\n\nMenggunakan class PHP Telegram Bot ada 2 cara\n\n1.  Run script secara manual/crontab untuk mengarahkan bot\n2.  Run bot secara on demand ketika pertanyaan menggunakan Webhook.\n\nUntuk notifikasi setiap pagi saya menggunakan cara pertama, dan untuk pertanyaan on demand saya menggunakan webhook. Webhook dalam konsep ini, apabila ada pertanyaan diajukan kepada bot, satu notifikasi berkenaan mesej tersebut ke satu URL yang dikhaskan. Webhook memerlukan satu web server live untuk dihantar (localhost memerlukan teknik khas) dan SSL (boleh SSL generate sendiri).\n\nSetelah faham konsep dan persediaan ini, anda boleh mulakan pengaturcaraan bot Telegram ini.\n\nKonsep pertama memerlukan hubungan ke pengkalan data MySQL dan konsep kedua tidak perlu. Pilih racun anda dan mulakan pengaturcaraan :D.\n\nAda contoh kod untuk run secara [manual](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot/blob/master/examples/getUpdatesCLI.php) . Untuk webhook anda perlu set URL untuk menggunakan pengaturcaaan ([sampel](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot/blob/master/examples/set.php)) dan boleh di unset ([sampel](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot/blob/master/examples/unset.php)) dan hanya letakkan di web server anda [kod ini](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot/blob/master/examples/hook.php) untuk Telegram hantar segala update. Arahan yang dihantar e.g /checkin /checkout boleh diprogramkan di dalam folder [Commands](https://github.com/akalongman/php-telegram-bot/tree/master/src/Commands/UserCommands) . Ada beberapa sampel arahan yang sudah diberi seperti /slap /date dan /weather . \n\nSudah faham ? Kalau sudah, terus gunakan Composer dan update ke folder www anda dan mulakan pengaturcaraan !\n\nDi bawah adalah beberapa contoh bot yang menjawab kepada pertanyaan menggunakan webhook.  \n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibH3QBwZTrVnVKfjDt8osOz-etC80q2rbR5E61GFPkHck5BaK3gzkIBs27vG0wwWWwOhT0GVOkMFb_FmW_oll4pIS6i-4VS9LVRsl4Xafh7dUvOCgp-Kt3wgsfFJs0X-BMOJ-Q/s320/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.26+PM.png)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibH3QBwZTrVnVKfjDt8osOz-etC80q2rbR5E61GFPkHck5BaK3gzkIBs27vG0wwWWwOhT0GVOkMFb_FmW_oll4pIS6i-4VS9LVRsl4Xafh7dUvOCgp-Kt3wgsfFJs0X-BMOJ-Q/s1600/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.26+PM.png)\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-mmVt_U3clUysuTY-A8g8Be9rwlL-UsKpzh53ZNRqxVovXADJEGyw8M0xf8rgWL84znycu_hkGDD9Cdcju2KZ0UOGH2U50Duda8aouLZyrG7IcpuwVT53grQz-9ZGE8rnwe-6/s320/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.59+PM.png)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-mmVt_U3clUysuTY-A8g8Be9rwlL-UsKpzh53ZNRqxVovXADJEGyw8M0xf8rgWL84znycu_hkGDD9Cdcju2KZ0UOGH2U50Duda8aouLZyrG7IcpuwVT53grQz-9ZGE8rnwe-6/s1600/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.59+PM.png)\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ06HEQZqgtMYtb_1cVJy8rcL5S2MSh0eQQ2Pvs2j_-1G7L9W-GYaUfDhSGF8B-1B8M0S0EBUwf3zPSxbACGSORJYBz4aFN4fdtVnMDb5kanYdsRFDnymCS8wheFLopMel8Dqt/s320/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.53+PM.png)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ06HEQZqgtMYtb_1cVJy8rcL5S2MSh0eQQ2Pvs2j_-1G7L9W-GYaUfDhSGF8B-1B8M0S0EBUwf3zPSxbACGSORJYBz4aFN4fdtVnMDb5kanYdsRFDnymCS8wheFLopMel8Dqt/s1600/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.53+PM.png)\n\n[![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitFHxhh4Fxf181Ar5So8oRbFuQGmsihRpNbBEHu_z9E3bRcwOtEjBm4bFz6UiLhA9SZSG8tvjSbRyceT3R1fFSomeLLdcxXZHeau4KmW-vyUDOqZ9C_uNzHsnxvuwtaVA-Z2jX/s320/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.31+PM.png)](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitFHxhh4Fxf181Ar5So8oRbFuQGmsihRpNbBEHu_z9E3bRcwOtEjBm4bFz6UiLhA9SZSG8tvjSbRyceT3R1fFSomeLLdcxXZHeau4KmW-vyUDOqZ9C_uNzHsnxvuwtaVA-Z2jX/s1600/Screen+Shot+2016-08-23+at+5.48.31+PM.png)","original_url":"https://amran.aist.com.my/","word_count":1041,"key_claims":[],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}