{"content":"PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan penganjuran Program Klinik Penerbitan CeDS Siri 3 secara dalam talian.\n\nProgram ini merupakan lanjutan daripada Klinik Penerbitan CeDS Siri 1 dan 2 yang masing-masing telah diadakan pada 11 Ogos 2021 dan 6 September 2021.\n\nProgram Klinik Penerbitan CeDS Siri 3 yang berlangsung pada 20 September 2021 jam 10 pagi hingga 12 tengah hari telah mendapat penyertaan seramai 21 staf akademik CeDS.\n\nProgram ini mendapat bimbingan penceramah Profesor Dr Mustafa bin Mat Deris yang berpengalaman luas dalam penulisan kertas kerja berimpak tinggi, jurnal Scopus serta pelbagai penerbitan seperti buku, prosiding dan sebagainya.\n\nSeramai 4 staf akademik iaitu Dr Nur’ain binti Idris, Dr Noorul Hudai binti Abdullah, Puan Nor Baizura binti Hamid dan Ts Mohd Erwan bin Sanik telah membentangkan kertas kerja masing-masing sekali gus mendapatkan saranan penambahbaikan dari Profesor Dr Mustafa bin Mat Deris dan rakan staf akademik yang berpengalaman dalam penulisan.\n\nProgram ini merupakan satu inisiatif memberi pendedahan, galakan dan motivasi kepada staf akademik di CeDS dalam menghasilkan manuskrip.\n\nStaf akademik juga dapat mengetahui teknik-teknik menulis, bertanya dan bertukar-tukar pandangan dengan staf yang lain.\n\nPandangan dan maklum balas semasa pembentangan mungkin dapat mencetuskan idea-idea lain atau menggalakkan lagi kajian-kajian yang lain yang lebih mendalam.\n\nMelalui penerbitan dan pembentangan, ilmu tersebut dapat dikongsi bersama rakan sekerja yang lain.\n\nPeserta juga dapat menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penulisan dari penceramah.\n\nPenceramah turut memberi nasihat berkaitan penulisan dan penyebaran ilmu untuk kegunaan generasi akan datang.\n\nSekiranya ilmu tersebut tidak ditulis, pengalaman yang diperolehi tidak digarap, ilmu tersebut akan hilang meninggalkan kita.\n\nDengan itu, pentingnya menulis atau mencatat sebagai satu proses kita mendapatkan ilmu dalam kehidupan pada hari ini.\n\nHasil catatan atau tulisan dapat dimanfaatkan dan diguna pakai oleh orang lain.\n\nSyabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.\n\nSaksikan rakaman program seperti berikut.\n\n  \nKlinik Penerbitan CeDS Siri 3","original_url":"https://ceds.uthm.edu.my/","word_count":320,"key_claims":["UTHM CeDS publication clinic"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}